KUALA LUMPUR, 8 Disember- Ibu bapa kepada kanak-kanak berusia enam tahun yang ditemukan meninggal dunia di flat Bandar Tun Razak di sini pada Sabtu lalu, direman polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, suami isteri yang masing-masing berusia 30-an itu direman sejak semalam selepas ditahan pada kelmarin.
"Kita telahpun menangkap dua orang iaitu ibu bapa (mangsa) dan reman selama tujuh hari.
"Kita siasat dari aspek pengabaian (kerana kes) berkaitan manultrition, tak cukup makan, tak cukup zat," katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa di sini.
Sementara itu, dua lagi anak pasangan berkenaan masing-masing berusia tujuh dan tiga tahun kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).