fb fb fb fb fb

Hasil analisis DNA adalah milik Bella - Polis

FOTO FAIL

BATU PAHAT, 23 Januari - Polis mengesahkan hasil analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada penemuan rangka manusia di Kampung Batu Tujuh, Tongkang Pechah, di sini pada 19 Januari lalu adalah milik Mila Sharmila Samsusah atau dikenali sebagai Bella.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner (ACP) Ismail Dollah berkata sampel patalogi itu dihantar kelmarin dan mengesahkan laporan diterima hari ini sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak mangsa.

"Polis telah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

"Kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam reman," katanya menerusi satu kenyataan.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor pada esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF