fb fb fb fb fb

Hafizul perlu serah dokumen kes cubaan bunuh pada 15 Oktober

Hafizol Hawari (baju putih) di Mahkamah Seksyen Sepang

SEPANG, 28 Ogos- Mahkamah Seksyen Sepang menetapkan 15 Oktober depan untuk penyerahan dokumen ke atas pengurus sebuah syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari yang didakwa cuba membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu.

Hakim Amir Affendy Hamzah menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memaklumkan bahawa sebahagian dokumen masih belum lengkap.

Prosiding hari ini merupakan sebutan kali kedua selepas tertuduh didakwa pada April lalu.

Pada 25 April lepas, Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan cubaan membunuh isterinya Farah Md Isa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.09 pagi 14 April lalu.

Hafizul juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap pengawal peribadi isterinya itu, Mohd Nur Hadith Zaini dengan menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian pada lokasi, tarikh dan masa sama.

Bagaimanapun p ada 24 April lalu, Hafizul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI