fb fb fb fb fb

Gaduh dalam restoran, lelaki warga asing direman sehingga Jumaat

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Insiden pergaduhan melibatkan lelaki warga asing di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang akan disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ia hasil laporan polis yang dibuat terhadap lelaki berusia 33 tahun itu yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap mangsa yang juga pengurus restoran tersebut.

"“Polis juga telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) terhadap kejadian pergaduhan berkenaan, yang melibatkan empat pekerja restoran berkenaan dan lelaki warga asing itu,"katanya.

Jelasnya, kes itu kini sedang dalam siasatan dan warga asing berkenaan telah direman sehingga Jumaat manakala empat lelaki yang lain dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Dalam pada itu, Datuk Allaudeen memaklumkan kertas siasatan berhubung perhimpunan anjuran beberapa badan bukan kerajaan di hadapan Istana Negara pada 22 Januari lepas, telah dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara minggu lepas.

Beliau berkata sebarang keputusan sama ada penganjur himpunan itu didakwa atau tidak, bergantung kepada penilaian pejabat Peguam Negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE