fb fb fb fb fb

Fitnah mangsa tragedi Balai Polis Ulu Tiram, tukang cuci didenda RM800, jel 7 hari

Tertuduh Wan Abd Qayyum Wan Mohd Radzuan diiringi polis ketika meninggalkan mahkamah / FOTO RTM

TAPAH, 11 Semptember -Seorang lelaki didenda RM800 dan penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah selepas mengaku bersalah membuat hantaran komen berbaur fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Mei.

Tertuduh Wan Abd Qayyum Wan Mohd Radzuan, 25 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Anis Zainab Pawan Teh. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memfitnah Ahmad Fahmi Azhar, 22 tahun, iaitu si mati yang merupakan mangsa korban insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram. 

Kesalahan itu dilakukan menerusi platform media sosial Facebook pada 28 Ogos lalu, kira-kira pukul 2 petang.

Oleh itu, didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan dengan atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Amani Williams Hunt.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE