fb fb fb fb fb

Empat suspek kes culik kanak-kanak direman empat hari

Dua lelaki dan dua wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung kes culik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU, 23 Julai - Dua lelaki dan dua wanita direman empat hari bermula hari ini, bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung kes culik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun selepas permohonan dibuat Polis Daerah Iskandar Puteri.

Tempoh reman dikeluarkan sehingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan mengikut seksyen 365 kanun keseksaan, iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat mengurungnya secara sulit dan salah.

Keempat-empat suspek yang berusia 28 hingga 55 tahun itu tiba di perkarangan kompleks Mahkamah Johor Bahru dengan berpakaian lokap, kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Mereka sebelum itu ditahan di Iskandar Puteri, pada 1.30 tengah hari dan lewat malam pada Isnin.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kanak-kanak berkenaan, Albertine Leo Jia Hui, enam tahun dilaporkan hilang ketika berada di pusat perniagaan Eco Galeria, Iskandar Puteri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN