fb fb fb fb fb

Empat nelayan positif dadah ditahan Maritim Malaysia

Foto Maritim Malaysia

MUAR, 21 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan empat nelayan selepas didapati positif dadah semasa operasi bersepadu di Perairan Tanjung Emas, Muar, Johor pada 18 dan 19 September lalu.
 
Operasi yang turut melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu berjaya memeriksa tujuh bot sepanjang operasi dua hari.
  
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal dalam satu kenyataan memaklumkan, semua mereka ditahan di atas dua bot berasingan, berusia antara 40 hingga 50 tahun.
 
"Pemeriksaan mendapati masing-masing positif syabu, sebelum diserahkan kepada AADK untuk disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983," menurut kenyataan itu.
 
Manakala dua bot yang ditahan diserahkan semula kepada pemilik masing-masing.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI