fb fb fb fb fb

Dua wanita Thailand mengaku tidak bersalah terlibat aktiviti persundalan

Dua tertuduh di pekarangan Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU, 1 Februari- Dua wanita warga Thailand mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencari langganan bagi maksud aktiviti persundalan serta tinggal di Malaysia tanpa permit sah.

Pengakuan dibuat oleh Miss Konchanok Naleebut, 26, dan Miss U-Raiwan Sukha, 25, selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua wanita itu didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan, manakala pertuduhan kedua, mereka didapati tinggal tanpa permit sah di Taman Bukit Indah, sini pada 25 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaei dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Goh Sze Han.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Mac depan.

ARTIKEL BERKAITAN
Dua lelaki mengaku tidak bersalah urus rumah persundalan

SITI AISHAH BINTI MD ISA