fb fb fb fb fb

Dua lelaki mengaku tidak bersalah urus rumah persundalan

Dua tertuduh di pekarangan Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU, 1 Februari- Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sini atas pertuduhan mengurus atau menolong dalam pengurusan sebuah rumah persundalan, bulan lalu.

Pengakuan dibuat oleh Lim Kup Nam, 59 dan Lew Ching Choy, 57, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Kup Nam yang tidak bekerja dan Ching Choy merupakan pemandu lori didakwa bersama-sama menyimpan bagi maksud mengurus atau menolong dalam pengurusan rumah persundalan di Taman Bukit Indah, sini pada 1 hingga 25 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Kes dikendalikan olrh Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar manakala mereka diwakili peguam Goh Sze Han.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Mac depan.

ARTIKEL BERKAITAN
Dua wanita Thailand mengaku tidak bersalah terlibat aktiviti persundalan

SITI AISHAH BINTI MD ISA