fb fb fb fb fb

Dua termasuk Eda Ezrin pulang ke Malaysia, empat lagi masih di Thailand

Empat lagi individu sedang diambil keterangan oleh pihak berkuasa Thailand / Foto BERNAMA

PASIR MAS, 7 Ogos - Dua daripada enam rakyat Malaysia yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Thailand atas kesalahan berkaitan dadah termasuk penyanyi dikir barat Eda Ezrin, disahkan telah pulang ke tanah air lewat petang tadi.

Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan, bersama seorang lagi individu, Nur Aida Mamat, 33, kini berada di bawah tindakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata empat lagi individu masih berada di Thailand kerana menunggu proses pengaktifan pasport sebelum boleh dibawa pulang ke negara ini.

“Kesemua mereka kini sedang diambil keterangan oleh pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Empat individu yang masih berada di Thailand dikenal pasti sebagai Eridieka Mohd Noor, 33 tahun; Zuhaira Nasrin; suami kepada Eda Ezrin, Mohd Affendi Ahmad, 35 tahun; serta Mohamad Alif Deraman, 33 tahun. - BERNAMA

HASRON BIN HASSAN