fb fb fb fb fb

Dua penyeludup lembu dicekup polis

Dua buah treler digunakan untuk mengangkut 69 ekor lembu seludup yang ditahan di kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Tanah Merah semalam

TANAH MERAH, 15 Jun-Tindakan dua penyeludup untuk mengaut keuntungan lumayan hasil jualan sebanyak 69 ekor lembu bernilai RM345,000 sempena Hari Raya Aidiladha tidak kesampaian apabila mereka dicekup ketika memunggah haiwan itu ke dalam dua buah treler di sempadan Malaysia-Thailand di Tanah Merah semalam (Jumaat).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira pukul 8.20 malam selepas pihaknya menerima maklumat perisikan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, kedua-dua suspek ketika itu sedang menjalankan kegiatan penyeludupan lembu di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand dengan menggunakan dua buah treler.
 
Menurut kenyataan itu, kesemua lembu yang dirampas dianggarkan bernilai RM345,000
 
Katanya, kesemua rampasan termasuk dua buah treler yang mampu membawa muatan sehingga 50 tan itu pula dianggarkan berjumlah RM1.34 juta
 
Kedua-dua suspek diserahkan kepada Balai Polis Lalang Pepuyu manakala lembu-lembu yang dirampas pula dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya.
 
Pihak tentera terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.
 
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD