fb fb fb fb fb

123 PATI ditahan dalam Ops Gegar dan Selera

Foto Jabatan Imigresen Johor

JOHOR BAHARU,15 Jun-123 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, di Johor Bahru dan Iskandar Puteri, pada 12 Jun hingga semalam (Jumaat).

JIM Johor dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kesemua mereka ditahan menerusi serbuan Ops Gegar dan Ops Selera, serta pemeriksaan di pintu masuk negara.

Seramai 112 warga asing ditahan dalam Ops Gegar di Taman Stulang Laut, Johor Bahru.

Manakala enam individu ditahan dalam Ops Selera di Bukit Indah, Iskandar Puteri. 

Lima lagi ditahan hasil pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD