fb fb fb fb fb

Dua lelaki maut dalam insiden berbalas tembakan

Foto RTM

JOHOR BAHARU,15 Jun-Dua lelaki maut, selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad, di sini, pada petang Jumaat.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.04 petang itu, seorang suspek berusia 42 tahun disahkan maut di lokasi kejadian bersama seorang lagi rakannya yang berada dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka.

Menurut Kumar, kejadian berlaku, selepas kereta dinaiki suspek diekori polis kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Menyedari mereka diekori,suspek kemudian bertindak melarikan diri, dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis.

Pihak polis membalas tembakan dan menyebabkan suspek maut di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan polis terhadap kenderaan suspek berjaya menjumpai, tiga pucuk pistol, dan pelbagai jenis bahan dipercayai dadah.

Semakan mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai 38 rekod jenayah, manakala identiti seorang lagi suspek belum dapat dikenalpasti, kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD