fb fb fb fb fb

Dua anggota polis maut, seorang cedera insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram

Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi

JOHOR BAHRU, 17 Mei - Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Jenazah dua anggota yang maut serta seorang anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk bedah siasat dan rawatan.

Maklumat lanjut mengenai insiden itu akan diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media yang dijangka akan diadakan, tengah hari ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN