fb fb fb fb fb

Ditipu skim pelaburan palsu, penjawat awam rugi RM148,000

Seorang penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM148,000 selepas terjerat dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian / Foto Hiasan

KUALA TERENGGANU, 5 Disember – Seorang penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM148,000 selepas terjerat dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian.

Mangsa, seorang lelaki berusia 46 tahun, menyertai pelaburan saham DKCM Al Quantitative Trading melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Polis Azli Mohd Noor berkata mangsa telah membuat 29 transaksi berjumlah keseluruhan RM148,000, yang dibayar ke tiga akaun berbeza.

Menerusi aplikasi tersebut, mangsa dikatakan telah mengumpul keuntungan sebanyak RM1.33 juta dan kononnya berjaya membuat pengeluaran.

Namun, mangsa tidak dapat mengeluarkan keuntungan tersebut malah dikenakan penalti tambahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN