fb fb fb fb fb

Didakwa seleweng RM3.2 juta, ahli Lembaga Koperasi direman 5 hari

Gambar hiasan

IPOH, 22 Oktober – Seorang ahli lembaga koperasi dari sebuah agensi kerajaan direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes penyelewengan wang pelaburan berjumlah RM3.2 juta.

Majistret Siti Hanum Mohamad Sah membenarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun tersebut sehingga Sabtu ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, yang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa bagi memperoleh suapan.

Dia disyaki terlibat dalam dua pelaburan yang diseleweng, masing-masing melibatkan RM700,000 dan RM2.5 juta.

Lelaki tersebut hadir di Pejabat SPRM Perak untuk memberi keterangan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

GRACE AISYAH KEDAYAN