fb fb fb fb fb

Dalang bakar masjid, surau di Batu Pahat mungkin individu sama- Ketua Polis Johor

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU, 17 Januari- Polis tidak menolak kemungkinan individu yang terlibat dalam kes membakar sebuah masjid dan surau di Sri Medan, Batu Pahat adalah suspek sama.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan terperinci berkaitan suspek masih lagi dilakukan dan akan dikenal pasti dalam masa terdekat.

"Siasatan mendapati modus operandi yang digunakan ketika melakukan khianat itu adalah sama. Pihak polis juga telah panggil pihak kadi untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian siapa suspeknya dan Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan tangkap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, siasatan kedua-dua itu dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Pada Ahad lalu, media melaporkan tentang kebakaran sebuah masjid di Kampung Parit Simid, dekat Sri Medan dan selang sehari selepas itu Surau Ar – Raudah di Parit Bangkas pula terbakar hingga memusnahkan 40 peratus struktur bangunan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI