fb fb fb fb fb

Curi rantai emas, seorang lelaki diburu

Foto fail

SHAH ALAM, 5 September - Polis memburu seorang lelaki rakyat tempatan yang disyaki melarikan seutas rantai bernilai RM24,800 dari sebuah kedai emas di Bandar Botanik, Klang dekat sini Selasa lepas.  

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata berdasarkan laporan diterima, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu suspek berusia 28 tahun datang ke kedai berkenaan dengan alasan untuk membeli rantai emas sebagai hadiah kepada ibunya. 

Beliau berkata suspek kemudian meminta jurujual mengeluarkan rantai leher yang dipilih sebelum keluar ke kedai untuk menjawab panggilan telefon.

Suspek kemudian masuk semula dan mencuri barang kemas berkenaan dan melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan kedai. 

“Berdasarkan maklumat diterima, pihak polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini dan dalam usaha untuk menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.- Bernama

Trainee