fb fb fb fb fb

Curi kabel milik TM, dua lelaki ditahan polis

Foto RTM

LIPIS, 31 Mei - Dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun ditahan polis kerana disyaki mencuri kabel milik Syarikat Telekom Malaysia di Taman Sri Benta, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata kedua-dua suspek berjaya ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi dan mengaku mencuri kabel berkenaan.

Ismail turut berkata pihaknya telah melakukan serbuan dan berjaya merampas merampas sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu bersama serangkai anak kunci kereta, satu unit pemotong besi jenama 'Arrow' dan 286 batang kabel yang telah dipotong.

Tambah Ismail, kerugian dianggarkan sebanyak RM15,000.

Kedua-dua lelaki tersebut ditahan reman selama dua hari di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD