fb fb fb fb fb

Cubaan seludup 'Superbike' gagal

Foto RTM

PADANG BESAR, 20 Februari -Cubaan seludup masuk sembilan motosikal berkuasa tinggi dari Thailand berjaya digagalkan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis.

Kesemua kenderaan itu disita pihak berkuasa di Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQS) Wang Kelian, Jumaat lepas.

Motosikal berkenaan dibawa secara off road guna sebuah lori kecil.

Seorang lelaki tempatan yang merupakan wakil syarikat pengangkutan terbabit, ditahan.

"Sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar telah melakukan pemeriksaan terhadap sembilan buah motosikal berkuasa tinggi yang tiada nombor pendaftaran di lorong masuk ke malaysia ICQS Wang Kelian.


"Antara model cuba dibawa masuk ke negara ini adalah Honda CBR 1000RR, BMW S1000RR, Yamaha R1, Aprilia RSV4 dan MV Augusta yang baru balik dari Litar Buriram seleps perlumbaan di sana", kata Ismail pada sidang media khas JKDM Perlis di sini.

Ismail berkata pihaknya percaya, suspek guna modus operandi mengikrarkan kenderaan berkenaan untuk perlumbaan di litar di negara ini.

Nilai rampasan motosikal dianggar lebih RM416,000.

Manakala anggaran duti dan cukai terbabit, mencecah RM715,000.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD