SHAH ALAM, 4 Ogos - Seorang lelaki ditahan dan direman kerana cubaan meragut di Jalan Setia Prima , Setia Alam semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menyatakan, suspek cuba meragut seorang lelaki pada pukul 7.07 minit malam, namun gagal kerana mangsa bertindak melawan sehingga suspek terjatuh dari motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu .
Dalam kejadian tersebut, suspek bertindak melarikan diri, namun telah disedari oleh orang awam yang bertindak menangkap suspek di lokasi kejadian .
Pihak polis telah merampas barangan milik suspek seperti motosikal yang digunakan semasa kejadian .
Hasil siasatan mendapati suspek telah mengaku terlibat dengan dua kes ragut sebelum ini .
Suspek akan direman selama 4 hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan .
Pihak polis menasihati orang ramai untuk lebih peka dan berhati hati ketika berada di kawasan tepi jalan ataupun kawasan terbuka bagi mengelakkan perkara tidak diingini .