fb fb fb fb fb

Ceroboh kediaman MB Selangor: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwaan esok

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim

SHAH ALAM, 7 Januari- Kertas siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, esok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan kes tersebut hari ini, walaupun diberi tempoh reman yang singkat.

“Mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman diberi itu. Esok, kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor,” katanya.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam untuk disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 29 saat memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi MB Selangor di Seksyen 7, Shah Alam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE