SELAMA, 7 Januari- Dua pelajar sekolah ditahan susulan kes penemuan bayi perempuan di Kampung Bukit Sungai Nor, Rantau Panjang, Selama, Perak, semalam.
Laporan mengenai kejadian diterima pihak polis pada pukul 7.28 pagi.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Sarudin Samah menerusi kenyataan berkata, laporan dibuat seorang lelaki yang menjumpai bayi tersebut di dalam kotak.
Bayi tersebut dijumpai bersama uri dan tali pusat dipercayai baru dilahirkan.
Pengadu kemudian membawa bayi tersebut ke Hospital Selama untuk mendapatkan rawatan.
Hasil siasatan yang dijalankan, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 17 tahun dan seorang perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai terlibat membuang bayi tersebut.
Kes selesai dengan penahanan kedua-dua suspek.