fb fb fb fb fb

Cabul: Tempoh reman bomoh muda disambung

BOMOH muda (kiri) diiring polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu selepas mendapat perintah sambung reman / Foto RTM

KEMAMAN, 8 Februari-Tempoh reman ke atas seorang bomoh muda yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di kemaman disambung enam hari lagi.

Perintah sambungan reman terhadap lelaki berusia 20 tahun itu, dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, di Mahkamah Sesyen. 

Terdahulu, lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) akta sama.

Suspek sebelum itu ditahan di Kerteh selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis. 

Suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes rogol itu disyaki melakukan perbuatan terkutuk itu ketika merawat mangsa yang dipercayai terkena sihir, 31 Januari lalu di kediaman mangsa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD