fb fb fb fb fb

Bunuh OKU: Terdapat banyak kesan kecederaan baharu dan lama

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Januari - Banyak kesan kecederaan baharu dan lama pada badan mangsa seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual yang dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner (ACP) A A Anbalagan dalam satu kenyataan berkata, hasil laporan bedah siasat menyatakan terdapat banyak komplikasi pada kecederaan mangsa berusia 20 tahun itu dan keputusan bedah siasat masih menunggu analisis makmal.

"Terdapat pelbagai kemungkinan punca kecederaan itu…mungkin kesan jatuh, mungkin dera dan ia masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Polis sebelum ini menahan tujuh individu daripada satu keluarga bagi membantu siasatan kes bunuh wanita OKU di sebuah rumah di Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan dekat sini, Ahad lepas.

Mangsa dipercayai telah memarahi serta mencubit dua ahli keluarga berkenaan iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Susulan itu, mangsa telah dipukul dengan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehingga mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

TETITIA YUSOFF