fb fb fb fb fb

1.05 tan vape dirampas

FOTO FAIL

JOHOR BAHRU, 23 Januari - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melupuskan kira-kira 1.05 tan rokok elektronik atau vape semalam, yang dirampas menerusi operasi sitaan dijalankan di kawasan bandaraya Johor Bahru, baru- baru ini.

Menerusi kenyataan MBJB, pelupusan melibatkan barangan daripada premis menjual rokok elektronik, menerusi 62 kes sitaan.

"Kesemua rokok elektronik dilupus menggunakan kaedah e- waste, disertai Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta SWM environment," kata kenyataan itu.

Tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBJB) 2016.

MBJB komited untuk terus menjalankan operasi penguatkuasaan larangan penjualan rokok elektronik di kawasan tersebut.

TETITIA YUSOFF