fb fb fb fb fb

Bunuh majikan, suspek direman tujuh hari

IPOH, 5 Januari- Suspek kes bunuh di Taman Rasi Jaya, Menglembu, Ipoh semalam ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 Januari depan.

Majistret S. Punitha membenarkan reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan bawah Seksyen 302 kanun keseksaan.

Dalam kejadian semalam, seorang wanita berusia 49 tahun yang juga majikan kepada suspek ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian dada.

Teman lelaki kepada mangsa turut cedera dalam kejadian tersebut dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan.

Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham mengenai masalah kewangan antara mangsa dan suspek.

Semakan lanjut polis turut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE