fb fb fb fb fb

Bunuh ibu bapa, penganggur didakwa di Mahkamah

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

KUALA LUMPUR, 15 Disember - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan membunuh ibu dan bapanya.

Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 42 tahun, mengangguk faham selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bapa dan ibunya di Kampung Sungai Penchala, 9 Disember lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, media melaporkan mayat kedua-dua mangsa ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai rumah dipercayai akibat ditikam berkali-kali.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN