fb fb fb fb fb

Bunuh Bella, penghantar surat didakwa

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 25 tahun menggangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman

BATU PAHAT, 24 Januari - Seorang penghantar surat dihadapkan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini atas pertuduhan membunuh ibu tunggal, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella, tahun lepas.

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 25 tahun menggangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Mila Sharmilah Samsusah antara 14 Disember 2023 pada pukul 11 malam hingga 5.30 pagi, 15 Disember 2023.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid dan tertuduh diwakili peguam Syahril Anuar.

19 Februari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan laporan bedah siasat.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN