MELAKA TENGAH, 23 Jun- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut, dipercayai menjadi mangsa dera bapa tirinya kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku di Kota Laksamana, Melaka.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.
"Maklumat diterima daripada seorang doktor di hospital swasta di Banda Hilir, menerima pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dihantar bapa tirinya," katanya.
Hasil pemeriksaan doktor berkenaan mendapati, mangsa patah kaki dan terdapat kesan lebam di bahagian kepala dan badan disyaki didera.
Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.