fb fb fb fb fb

Buat aksi ‘drift’ hingga terbabas, pemandu ditahan polis

Suspek yang melakukan aksi ‘drift’ di Batu Pahat, Johor pada Selasa lalu

BATU PAHAT, 22 Februari- Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan polis semalam kerana memandu secara bahaya dengan melakukan aksi ‘drift’ di sini pada Selasa lalu.

Aksi 'drift' suspek yang tular di media sosial turut mengakibatkan kerosakan harta benda selepas keretanya hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta lain di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata,satu laporan polis bersabit kemalangan diterima daripada pemilik kereta yang dilanggar suspek.  

Siasatan mendapati suspek tidak berpengalaman dan tiada kelayakan profesional dalam sukan 'drift'.

Ujian air kencing mendapati suspek tidak dipengaruhi dadah.

Suspek direman sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

Kereta digunakan suspek turut dirampas.

2202 BATU PAHAT DRIFT 2
Tangkap layar video tular di media sosial

SITI AISHAH BINTI MD ISA