JOHOR BAHARU, 21 Februari - Dakwaan seorang wanita warga Indonesia menjadi mangsa dera majikan seperti tular di media sosial adalah tidak benar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, hasil siasatan mendapati ia sengaja direka sebagai helah untuk pulang ke negara asal.
Siasatan juga mendapati tiada unsur penderaan berlaku ke atas wanita yang bekerja sebagai tukang bersih, dan pembantu rumah asuhan di Johor Bahru itu.
Wanita itu kemudiannya diserahkan kepada Pihak Kedutaan Indonesia untuk tindakan lanjut.
Susulan itu, orang awam dinasihat supaya memastikan kesahihan setiap kandungan video diterima sebelum disebarkan kepada umum