fb fb fb fb fb

Bot pukat jerut bilis ditahan, tangkap ikan dalam kawasan perairan taman laut

Bot yang membawa 24 nelayan warga asing itu ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 43 (1) (a) Akta Perikanan 1985

ALOR SETAR, 7 Januari- Sebuah bot pukat jerut bilis ditahan selepas dikesan memukat ikan pada kedudukan 1.9 batu nautika dari Taman Laut Pulau Payar, Kedah.

Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Pang Anak Nyukang berkata kejadian dikesan pada pukul 11.30 pagi oleh anggota Pangkalan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Langkawi yang sedang bertugas di kawasan berkenaan.
 
Hasil pemeriksaan mendapati, bot yang membawa 24 nelayan warga asing itu didapati menangkap ikan dalam kawasan perairan taman laut.
 
Mereka ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 43 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap atau cuba menangkap ikan dalam kawasan perairan taman laut atau rizab laut.
 
Selain itu, turut dirampas bot pukat jerut bilis serta peralatan dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai kira-kira RM1 juta.
 
Jelas Pang, kawasan Taman Laut Pulau Payar diwujudkan bagi memastikan sumber perikanan mempunyai kawasan untuk berkembang biak bagi menambah sumber perikanan negeri.

ZEHRA BINTI ZAMBRI