fb fb fb fb fb

Bot nelayan ditahan berlabuh secara mencurigakan di perairan Tanjung Tembeling

Foto Maritim Malaysia Pahang

KUANTAN, 17 Mei - Sebuah bot nelayan tempatan pukat tunda kelas C telah ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan sedang bersauh kira-kira 2.5 batu nautika dari Timur Tanjung Tembeling.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, bot tersebut ditahan ketika rondaan rutin menerusi pelaksanaan Op Makmur dan Op Tiris di kawasan perairan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat awak-awak berada di atas vesel terbabit yang terdiri daripada seorang tekong warga tempatan, seorang warga Myanmar serta seorang warga Kemboja, masing-masing berusia dalam lingkungan 31 hingga 66 tahun.

Pemeriksaan lanjut terhadap dua krew warga asing itu mendapati mereka tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), tiada sebarang permit kerja yang sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan memiliki dokumen pengenalan diri iaitu pasport yang diragui kesahihannya.

Kesemua mereka kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI