fb fb fb fb fb

Bekas Pengerusi Felda Selancar mengaku salah palsukan cek

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 30 Januari- Bekas Pengerusi Felda Selancar 3, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 15 pertuduhan memalsukan cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3 bernilai RM34,450, lima tahun lalu.

Tertuduh, Saad Razali, 67,membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, Saad didakwa mengemukakan cek di sebuah bank di Segamat, atas nama lapan peneroka berlainan dalam tempoh tersebut dengan nilai RM600 sehingga RM5,000 bermula pada 27 September 2019 sehingga 21 Mei 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM14,000 dan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Segamat sebulan sekali serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kes disebut semula 25 Mac ini bagi serahan fakta dan hukuman serta membolehkan Saad melantik peguam.

ZEHRA BINTI ZAMBRI