fb fb fb fb fb

Bekas pengerusi, bekas bendahari NGO disiasat kes tuntutan palsu jabatan kerajaan

(Semalam, mereka ditahan di pejabat SPRM Johor antara jam 8.30 malam
hingga 9.30 malam selepas hadir memberi keterangan)

JOHOR BAHRU, 9 Januari- Bekas pengerusi dan bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu melibatkan jabatan kerajaan bernilai lebih RM11,000, dua tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim selepas membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Bekas pengerusi bergelar Datuk berusia 47 tahun dan bekas bendahari berusia 43 tahun tiba di perkarangan mahkamah pada 9.20 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga dan tangan bergari.

Semalam, mereka ditahan di pejabat SPRM Johor antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam selepas hadir memberi keterangan.

Menurut SPRM, kedua-dua suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah ini bagi kerja pembekalan program rawatan dan pemulihan.

(Bekas pengerusi, bekas bendahari NGO disiasat kes tuntutan palsu jabatan kerajaan)

Media Baharu