fb fb fb fb fb

Bekas guru besar berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram

Seorang bekas guru besar sebuah sekolah rendah di Marang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tujuh pertuduhan melakukan pengubahan wang haram

KUALA TERENGGANU, 17 Februari- Seorang bekas guru besar sebuah sekolah rendah di Marang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan melakukan pengubahan wang haram bernilai keseluruhan lebih RM28,000.

Tertuduh, Zalina Bidin, 47 tahun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan dua pertuduhan, dia didakwa melibatkan diri dalam transaksi aktiviti haram dengan memberi arahan memindahkan wang kepada akaun penerima.

Dia juga menghadapi lima pertuduhan menerima hasil aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b)Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 23 Mac depan untuk serahan dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Kes dikendalkan Timbalan Pendakwaraya Ahmad Feisal Mohd Azmi dan Maziah Mohaide.

Manakala, tertuduh diwakili peguam Mohd Hazwan Hamidun.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI