fb fb fb fb fb

Beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan

Sungai Trolak, Kampung Batu, Perak

TROLAK, 18 Julai- Polis menemukan satu beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah, 25 sewaktu operasi pencarian bahan bukti dilakukan di Sungai Trolak, Kampung Batu, di sini, Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beg berkenaan ditemukan oleh anggota Unit Siasatan Sub-akuatik Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Susulan itu, operasi pencarian bahan bukti serta barang peribadi mangsa di kawasan berkenaan masih diteruskan oleh pasukan polis.

Lokasi pencarian terbaharu itu terletak kira-kira 20 minit daripada lokasi pencarian pertama di Kampung Sri Kledang, Hulu Bernam, Selangor.

Semalam, anggota unit sub akuatik PDRM berjaya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa di sebuah parit dalam kawasan ladang sawit di Kampung Seri Kledang kira-kira pukul 12.21 tengah hari.

Terdahulu, jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan hari ini pada pukul 5.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA