fb fb fb fb fb

APMM rampas bot nelayan asing ceroboh perairan Terengganu

Foto: APMM

KUALA TERENGGANU, 10 Jun- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan sebuah bot nelayan Vietnam serta 10 kru termasuk tekong kerana menceroboh perairan negeri ini, Sabtu lalu.

Pengarahnya, Khairulanuar Abd Majid berkata tangkapan itu dibuat pada 6.39 petang menerusi Op Naga Barat di kedudukan 97 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Katanya selain bot, turut dirampas adalah peralatan menangkap ikan, diesel dan hasil tangkapan dengan nilai keseluruhan RM1 juta.

"Pemeriksaan mendapati tekong dan kru yang berusia antara 30 hingga 60 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

"Kesemua mereka dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu di Pulau Kambing untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/1963, jika sabit kesalahan tekong boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta manakala RM100,000 bagi setiap kru atau penjara tidak melebihi dua tahun," katanya.

APMM merekodkan 13 kes pencerobohan nelayan asing dengan nilai rampasan mencecah RM13.5 juta bermula Januari sehingga semalam.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI