22 bas elektrik BYD dihantar ke London

Foto REUTERS

YANTAI, 6 Julai Sebanyak 22 bas elektrik dua tingkat keluaran BYD dihantar dari Pelabuhan Yantai di wilayah Shandong, timur China ke United Kingdom, Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bas dijangka mula beroperasi dalam sistem pengangkutan awam London tidak lama lagi.
  • Penghantaran berdepan cabaran teknikal seperti ketinggian dua tingkat dan keselamatan pengangkutan bateri.
  • Inisiatif memperkemas saluran eksport dan mencerminkan keupayaan industri automotif elektrik China memenuhi permintaan global.

Bas-bas tersebut dijangka mula beroperasi dalam sistem pengangkutan awam di London dalam masa terdekat.

Sekali gus memperkukuh penggunaan kenderaan mesra alam di bandar itu.

Menurut pihak pelabuhan, penghantaran bas elektrik dua tingkat berdepan cabaran teknikal, termasuk faktor ketinggian bas dua tingkat serta keperluan keselamatan ketat bagi pengangkutan bateri.

Inisiatif itu bukan sahaja menjamin keselamatan penghantaran, malah membantu memperkemas saluran eksport bagi bas keluaran tempatan China.

Langkah ini mencerminkan peningkatan keupayaan industri automotif elektrik China dalam memenuhi permintaan global terhadap pengangkutan hijau dan lestari..-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.