fb fb fb fb fb

AKPS tahan 2 warga Myanmar, gagal kemuka pas sah

Foto AKPS

JOHOR BAHRU, 28 November -Dua lelaki warga Myanmar ditahan di Bangunan Sultan Iskandar, di sini selepas gagal membuktikan pas atau dokumen sah berada di Malaysia, pagi semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan memaklumkan, seorang lagi rakan senegara yang memegang kad kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) juga ditahan, mengikut Seksyen 55 E ( 1 ) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 6 ( 1 ) ( C ) Akta sama.

"Tangkapan dibuat semasa pegawai AKPS bertugas, memeriksa kereta dinaiki kedua-dua lelaki itu masing-masing berumur 28 dan 31 tahun, yang tersalah jalan untuk menuju ke Singapura," menurut kenyataan itu.

Kereta bernombor pendaftaran Malaysia yang dinaiki mereka di lokasi, turut disita mengikut Seksyen 49 A Akta 155.

TETITIA YUSOFF