fb fb fb fb fb

Akibat cemburu, dua rakan serumah warga Bangladesh maut

Foto HIASAN

ALOR GAJAH, 15 Oktober - Dua lelaki warga Bangladesh ditemukan maut di dalam sebuah rumah di Durian Tunggal, Alor Gajah, malam tadi.
 
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, mayat pertama ditemukan di bahagian dapur dengan 21 tikaman di bahagian kepala dan seluruh bahagian badan, Manakala, mayat kedua ditemukan dalam keadaan tergantung pada kipas di dalam bilik.
 
Mangsa masing-masing berumur 31 dan 42 tahun merupakan pekerja buruh binaan. Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian disyaki berpunca daripada unsur cemburu.
 
“Mangsa yang mati berlumuran darah itu telah dibunuh oleh mangsa yang menggantungkan dirinya. Motif kejadian setakat ini, kita syaki, atas dasar cemburu kerana lelaki yang meninggal dunia (tergantung) sebelum ini mempunyai seorang isteri warga Indonesia. Mereka tinggal sekali di rumah itu," jelasnya ketika sidang media.
 
Bagaimanapun sebelum kejadian, wanita warga Indonesia yang merupakan isteri suspek telah melarikan diri bersama anak mereka.
 
Polis merampas sebilah parang dan dua pisau disyaki digunakan dalam kejadian. Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes diminta tampil membantu siasatan.

NORAINI BINTI WAHIB