BATU GAJAH, 2 Februari- Anggota polis berpangkat sarjan yang ditahan sebelum ini atas kesalahan merogol direman selama sehari bagi membantu satu lagi siasatan kes rogol mangsa lain.
Perintah reman dikeluarkan Hakim Juraidah Abbas terhadap suspek berusia 42 tahun itu ketika permohonan dibuat Mahkamah Majistret Batu Gajah, pagi tadi.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Pada 28 Januari lalu, suspek ditahan atas kesalahan merogol pelajar tingkatan empat pada Julai dan Oktober tahun lalu.
Dia direman selama empat hari sehingga semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Suspek kemudian ditahan semula atas kesalahan merogol seorang lagi mangsa.