fb fb fb fb fb

77 rakyat Malaysia jadi 'keldai dadah' terpedaya upah lumayan

Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohd. Kamaruddin Md. Din siasatan mendapati rakyat negara ini diperalat oleh sindiket dadah dengan menawarkan upah lumayan

KUALA LUMPUR, 28 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mendedahkan seramai 77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara dikaitkan dengan keldai dadah sejak 2021 hingga November lalu.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, siasatan mendapati rakyat negara ini diperalat oleh sindiket dadah dengan menawarkan upah lumayan diantara RM5,000 sehingga RM10,000 untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 32 orang ditahan kerana menyeludup dadah pada 2021, manakala 17 individu ditangkap bagi kesalahan yang sama pada tahun berikutnya.

“Kebelakangan ini kes tangkapan rakyat Malaysia di luar negara yang dikaitkan dengan keldai dadah (drug mule) semakin meningkat.

"Mereka ini diperdaya dan menjadi mangsa selepas ditahan di pintu masuk pelbagai negara destinasi," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kata beliau, situasi ini amat membimbangkan dan masyarakat diingatkan lebih berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terpedaya dengan sindiket dadah yang semakin licik.

"Pelbagai habuan tinggi ditawarkan mereka dalam laman sosial untuk mencari mangsa untuk dipergunakan sebagai penyeludup dadah ke luar negara," jelanya lagi.

Oleh itu, JSJN mengingatkan kepada seluruh masyarakat supaya dapat menghubungi hotline JSJN di talian 012-2087222 dengan kadar segera sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan berkenaan tawaran percutian percuma.

“(Ini termasuk tawaran) kerja di luar negara atau lain-lain tawaran dengan gaji lumayan,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN