fb fb fb fb fb

63 PATI termasuk kanak-kanak ditahan di Johor Bahru

Foto: FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 18 Mac- Imigresen Johor menahan seramai 63 warga asing termasuk tiga kanak-kanak  menerusi 26 serbuan dilakukan di sini dari13 Mac hingga semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, mereka ditahan kerana bekerja tanpa permit sah dan tinggal lebih masa.

"Tangkapan melibatkan 50 lelaki warga Nepal, Pakistan, India, Bangladesh dan Myanmar, manakala 10 wanita lagi berasal dari Indonesia, Filipina dan Myanmar. Mereka berusia antara tiga hingga 61 tahun.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan seramai 44 warga asing termasuk dua lelaki warga China dan Bangladesh berusia 25 hingga 45 tahun ditahan di premis hiburan di Iskandar Puteri, Johor Bahru 15 Mac lalu.

Ia melibatkan 40 wanita Thailand, seorang wanita Indonesia dan Myanmar disyaki menjadi 'flower girl' di premis itu.

Baharuddin berkata mereka yang menerima bayaran RM50 hingga RM500 didapati menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara dan pas lawatan sosial.

"Kes disiasat mengikut, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 11 (7)(a) dan Peraturan 39 (b) Peraturan Imigresen 1963," katanya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI