fb fb fb fb fb

Polis berjaya rampas syabu 51 kg, bernilai RM2.57 juta

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin (tiga, kanan) bersama Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tiga, kiri) menunjukkan dadah jenis syabu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar/BERNAMA

KUALA KANGSAR, 17 Mac- Dadah jenis Methamphetamine atau syabu seberat 51 kilogram bernilai RM2.57 juta dirampas susulan penahan dua suspek lelaki di Kuala Kangsar, Perak.

Serbuan berjaya menahan dua suspek lelaki, masing-masing berumur 31 dan 33 tahun bersama tiga beg berisi dadah tersebut di dalam bonet kereta yang dipandu suspek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata, sindiket tersebut mendapatkan bekalan dadah di negeri sebelah utara dan diseludup menggunakan kereta di sekitar bandar tersebut.

"Untuk makluman sindiket ini telah beroperasi, kita percaya sudah empat bulan, daripada Disember tahun 2023 sehingga ditangkap pada semalam. Kita dapat maklumat, kita adakan pengintipan, sebab kita tahu selalu, kerapnya berlaku di kawasan yang melalui, tempat itu yang mana kita buat tangkapan", katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang digunakan suspek dianggarkan bernilai RM 53,000 dan nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM 2.62 juta.

Saringan awal pihak polis mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan salah seorang daripadanya mempunyai rekod lampau pelbagai kesalahan seksyen dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula 17 hingga 23 Mac depan, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 500,000 orang penagih dan ia untuk pasaran negeri Perak.

Turut hadir Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

ROSLINA BINTI DIN