fb fb fb fb fb

60 individu berkaitan dadah ditahan - Polis Kedah

Foto Polis

SUNGAI PETANI, 2 Februari - Polis menahan kira-kira 60 individu terdiri daripada tokan, penagih dadah, dan orang dikehendaki dalam Op Tapis Khas pada 29 hingga 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata, menerusi operasi itu juga pihaknya berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 57.40 gram dan dadah jenis syabu seberat 23.96 gram serta pelbagai jenis dadah lain yang bernilai RM6,500.

"Lebih 180 pemeriksaan keatas individu dilakukan di kawasan tumpuan panas sarang penagih di sekitar Taman Ria Jaya, Ladang Kelapa Sawit berhampiran Petronas Fertilizer Gurun, Sungai Division Sungai Petani, Taman Sri Wang selain jeti di sekitar Kota Kuala Muda, serta kawasan Taman perumahan dan Kampung-kampung," kata Zaidy menerusi satu kenyataan.

Jelasnya keseluruhan individu yang ditahan sepanjang Op Tapis Khas itu, dua daripadanya disiasat bawah Seksyen 39B ADB 1952, lima disiasat bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952, lima disiasat bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, 12 disiasat bawah Seksyen 12(2) ADB 1952, dan 36 disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Ini tidak termasuk tiga individu yang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang membawa kepada hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan tidak lebih tiga kali sebatan jika sabit kesalahan.

Selain itu daripada keseluruhan tangkapan, seramai 12 individu dikenal pasti mempunyai rekod kesalahan jenayah seperti pecah rumah dan mencuri diambil tindakan dan siasatan bawah Seksyen 39C ADB 1952.

TETITIA YUSOFF