KUALA LUMPUR, 12 JUN - 6,230 jersi tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM450,000 berjaya dirampas kerana disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah pada Isnin lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata rampasan tersebut dibuat dalam satu serbuan yang melibatkan empat premis perniagaan dan stor penyimpanan di Jalan Petaling.
Dalam serbuan berkenaan, tiga mesin digunakan bagi menampal logo, nombor serta nama pembeli berjumlah kira-kira RM15,000 turut disita.
"Stok jersi tiruan ini diperoleh daripada negera luar dan kesemua stok ini adalah bagi tujuan penjualan kepada warga asing yang datang ke jalan petaling sebagai pelancong dan warga tempatan yang meminati bola sepak."
"Untuk Euro ini kami sangat serius, kita ambil langkah secara drastik secara besar-besaran untuk memastikan Petaling Street atau KL ini tidak menjadi hub jualan jersi-jersi tiruan ini", katanya di sini.
Hasil siasatan mendapati lesen premis berkenaan yang warga tempatan itu telah beroperasi selama setahun.
Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan yang dilakukan ketika ini.
Kesemua pihak yang terlibat akan disiasat dibawah akta AMLATFPUAA 2001.