fb fb fb fb fb

Tidak puas hati isu pembahagian harta, lelaki lakukan ugutan jenayah terhadap ibu bapa

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendent Zulkifli Mahmood

GERIK, 12 Jun - Seorang lelaki bertindak melakukan khianat dan ugutan jenayah kepada kedua ibu bapanya kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta keluarga.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendent Zulkifli Mahmood dalam satu kenyataan berkata akibat tindakan tersebut, suspek berusia 38 tahun itu ditahan polis.

Terdahulu, suspek bersama ibu bapanya telah ke rumah kakaknya di Kampung Jagor, di sini dalam keadaan tergesa-gesa dan bertindak melanggar tiang lampu solar di hadapan rumah tersebut.

Perbuatan itu dilakukan disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta milik ayahnya.

Suspek juga telah memecahkan peralatan rumahnya dan menyebabkan ketakutan kepada kedua ibu bapa.

Namun tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN