fb fb fb fb fb

Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan polis

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Polis hari ini mengesahkan penahanan datuk dan nenek sebelah bapa, kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember tahun lalu.

Kedua-duanya ditahan pada pukul 2.30 petang tadi di Subang Bestari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memakluman penahanan pasangan terbabit adalah bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Difahamkan, kedua-duanya ditahan anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor.

Terdahulu Zahri Md Reba dan isteri hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, ketika menantunya dibawa menghadiri prosiding merekod keterangan di hadapan majistret pagi tadi.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemukan tidak bernyawa di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE